KUALA LUMPUR – Satu gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter melanda selatan Kepulauan Fiji pada pukul 11.29 pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) dalam satu kenyataan memberitahu, pusat gempa bumi itu terletak di 881 kilometer (km) arah tenggara dari Laucala dan 7,351km arah tenggara dari Semporna, Sabah.
“Bagaimanapun tiada ancaman Tsunami dikeluarkan berikutan kejadian ini,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, JMM sedang memantau perkembangan itu dan akan memaklumkan maklumat terkini.
0 comments:
Post a Comment