Pengarah filem Zombi Kilang Biskut (ZKB), Mamat Khalid menyatakan dia telah membatalkan semua promosi filem terbaharunya itu demi menghormati tragedi pesawat MH370.
ZKB yang dibarisi pelakon Awie, Dayana Roza, Eina Azman dan Syuk Balas sudah mula ditayangkan di pawagam bermula 20 Mac lalu.
“Seperti yang kita tahu negara sedang bersedih dan kalau diikutkan hati, saya tidak mahu filem ini ditayangkan pun, namun begitu ia sudah ditetapkan oleh pihak wajib tayang.
“Saya telah membatalkan semua promosi yang telah dirancang sepanjang filem itu ditayangkan termasuk promosi besar-besaran menyerang panggung bersama semua pelakon Zombi Kilang Biskut,” katanya memetik laporan mStar.
0 comments:
Post a Comment