Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, March 18, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga tempatan ditemui mati dalam keadaan mengerikan dengan kesan kesan tikaman dan tetakan di leher serta pergelangan tangan hampir putus, dipercayai dibunuh di depan sebuah hotel di Jalan Tan Cheng Lock di sini, malam tadi.

Ketika kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa yang berasal dari Mantin, Negeri Sembilan itu dikenali sebagai, M Mugunthan, 28, ditemui terbaring berlumuran darah di depan kaki lima hotel berkenaan oleh orang awam.

Menurut sumber, siasatan awal rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian mendapati seorang lelaki dipercayai suspek datang dari arah stesen bas berhampiran, sebelum menyerang dari belakang.

“Suspek dipercayai memakai topi keledar, berjeket warna biru muda dan berseluar jeans biru,” katanya.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, tiada senjata ditemui di lokasi berkenaan.

“Kita masih menyiasat motif sebenar kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh,” katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil menyalurkannya di balai polis berdekatan. - Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment