Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, March 18, 2014

One Comment

Jika tahun lalu, kumpulan popular dunia Backstreet Boys diundang menjayakan konsert Twin Tower Live, kali ini tiba giliran band Lifehouse membuat kemunculan mereka di sini.

Band yang berasal dari California itu akan mengadakan persembahan di Plaza Petronas, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 28 dan 29 Mac ini bersempena dengan perlumbaan Formula One tahun ini.

Lifehouse yang terdiri daripada Jason Wade selaku vokalis dan pemain gitar, Rick Woolstenhulme Jr (drummer), Bryce Soderberg (bass) dan Ben Carey (gitar utama) popular dengan rangkaian lagu seperti Hanging by a Moment, You and Me dan First Time.

Ini merupakan kunjungan kali pertama band itu ke Malaysia selepas hampir 15 tahun terlibat dalam bidang seni.

Selain Lifehouse, konsert ini juga bakal dimeriahkan dengan kehadiran Christina Aquilera, Craig David dan penyanyi sensasi Korea Selatan, Rain.


Oleh: AUDREY LEE

1 comments:

  1. Semoga prihatin dgn MH370, batalkan konsert ini kerana ianya mempermainkan semua agama di malaysia yg sedih dgn pelbagai bencana.. jgn sampai KLCC tumbang & runtuh pula baru nak sedar

    ReplyDelete