MUNGKINKAH Syamsul Yusof terpaksa menangguhkan pernikahannya dengan Puteri Sarah Liyana yang sepatutnya berlangsung esok?
Itulah bayangan yang diberikan oleh ayahnya, Datuk Yusof Haslam apabila anaknya masih belum menunjukkan tanda-tanda akan pulih sepenuhnya daripada demam denggi yang dihidapinya sekarang.
Memetik Sinar Harian, Syamsul yang dirawat di Pusat Perubatan Gleneagles masih dalam keadaan lemah dan doktor menjangkakan dia mungkin mengambil masa empat hingga lima hari untuk pulih.
“Memandangkan keadaannya tidak konsisten, jadi kami sendiri tidak tahu sama ada dia boleh sembuh sepenuhnya sebelum majlis pernikahan berlangsung atau tidak.
“Malam ini (semalam) saya akan berjumpa dengan keluarga pihak perempuan untuk berbincang mencari alternatif lain untuk majlis pernikahan dan persandingan di pihak perempuan hujung minggu ini.
“Kalau keadaan kesihatan Syamsul masih tidak mengizinkan, mungkin kita akan tunda tarikh, atau hanya adakan majlis pernikahan sahaja, tapi itu semua terpulang pada keadaannya.
“Kami sekeluarga hanya mampu berserah pada Tuhan dan mengharapkan kesihatan Syamsul akan pulih supaya semuanya dapat berjalan seperti yang dirancang,” jelasnya.
Yusof pada masa yang sama menafikan anaknya akan mengadakan majlis pernikahan di hospital kerana merasakan ia kurang manis.
Apa pun, kami doakan semoga Syamsul akan pulih secepat mungkin.
Lagi pun kalau surat tersurat jodoh antara mereka, tangguh beberapa hari pun tak mengapa rasanya kerana apa yang penting ialah kesihatan dan kelancaran majlis itu nanti.
Oleh: ELZA
0 comments:
Post a Comment