Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 6, 2014

No Comment

KUCHING – Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) menamatkan persengketaan tiga tahun dengan empat bekas anggota kanan parti itu yang dipecat kerana ingkar dengan menerima mereka semula ke dalam parti hari ini.

Empat Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) berkenaan iaitu Datuk Peter Nansian Ngusie (Tasik Biru), Datuk Sylvester Entri Muran (Marudi), Rosey Yunus (Bekenu) dan Paulus Palu Gumbang (Batu Danau) diterima semula sebagai anggota SPDP berkuat kuasa serta-merta, kata Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem.

Adenan yang berperanan penting ke arah perdamaian dengan menerima semula keempat-empat mereka ke dalam parti, berkata ‘kepulangan’ mereka itu melakar sejarah yang seharusnya dilihat sebagai langkah positif dan khabar gembira buat Barisan Nasional (BN).

“Mereka akan hanya menjadi anggota biasa SPDP. Bagaimanapun apabila berlangsungnya persidangan perwakilan tiga tahun sekali (SPDP) akan datang, mereka boleh bertanding (jawatan dalam parti),” kata Adenan, yang juga Pengerusi BN Sarawak, pada persidangan akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, Adenan menerima kunjungan hormat anggota Majlis Tertinggi SPDP diketuai presiden parti, Tan Sri William Mawan Ikom.

Sebelum dipecat daripada parti antara 2011 dan 2012, Nansian adalah naib presiden kanan SPDP, dengan Entri dan Rosey selaku naib presiden manakala Paulus pula penolong ketua penerangan.

Adenan juga enggan mengulas sama ada keempat-empat mereka akan dicalonkan semula untuk bertanding dalam kawasan pilihan raya yang diwakili sekarang dalam pilihan raya negeri yang dijangka diadakan pada 2016 dengan berkata: “Kami akan membuat keputusan apabila tiba masanya.”

Sementara itu, Mawan berkata bekas Anggota Parlimen Mas Gading Datuk Dr Tiki Lafe yang dipecat bersama-sama empat Adun itu tidak dapat diterima masuk semula serta-merta disebabkan beliau bertanding menentang BN dalam pilihan raya umum ke-13.

Bagaimanapun, beliau berkata Dr Tiki boleh mengemukakan permohonan berasingan untuk menyertai semula parti itu.

Dr Tiki, yang jelas kecewa kerana tidak dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi Mas Gading, kalah kepada calon muka baharu daripada BN, Anthony Nogeh Gumbek, dalam pilihan raya itu. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment