Di saat Malaysia mencuri tumpuan dunia dengan kes rampasan pesawat MH370, Amerika Syarikat ditimpa musibah apabila dua bangunan yang terletak di kejiranan East Harlem, New York runtuh selepas meletup disebabkan kebocoran gas, 12 Mac lalu.
Jika pada hari pertama kejadian enam orang dilaporkan maut, hari ini angka mangsa yang meninggal dunia meningkat kepada lapan orang.
Mangsa ketujuh dilaporkan ditemui pada pagi Khamis namun tiada maklumat tentang waktu sebenar mangsa kelapan dikeluarkan dari runtuhan.
Anggota bomba dan penyelamat dilaporkan sudah mengalih 50 peratus daripada sisa runtuhan sambil berusaha mencari mangsa yang dikhuatiri masih terperangkap.
Jurucakap Jabatan Bomba, Jim Long berkata kerja menyelamat diteruskan dalam keadaan mencabar kerana cuaca sejuk dan timbunan perlu dialihkan secara berhati-hati dengan harapan dapat menemui mangsa yang masih hidup.
Antara mangsa yang dikenalpasti terkorban adalah pegawai keselamatan Griselde Camacho, 45, doktor gigi Carmen Tanco, 67, pemuzik Andreas Panagopoulos, tukang masak Rosaura Hernandez, 22, dan Rosaura Barrios Vazquez, 43.
Lebih 60 penduduk di kawasan kejiranan terbabit turut mengalami kecederaan disebabkan kejadian yang berlaku pagi Rabu lalu ini. – REM RAMZI SIAKAPKELI
Sumber: BBC
0 comments:
Post a Comment