Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, March 28, 2014

No Comment

SYARIKAT  Malaysia Airlines (MAS) telah menerima salinan petisyen yang difailkan di sebuah mahkamah di Amerika Syarikat bagi pihak penumpang yang menaiki pesawat MH370 milik syarikat itu yang hilang sejak 8 Mac lepas.

Petisyen itu dihantar kepada dua pihak iaitu MAS dan syarikat pengeluar pesawat Boeing.

Menurut MAS, peguamnya sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan bersedia menguruskan kes itu walaupun ia belum diserahkan secara formal.

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia pada Khamis, syarikat penerbangan itu faham bahawa petisyen berkenaan  bukan saman tetapi adalah satu permohonan menerusi mahkamah untuk memperoleh maklumat berkaitan kejadian menimpa pesawat MH370.

Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA pada 12.41 pagi 8 Mac dan hilang daripada skrin radar semasa terbang di Laut China Selatan.

Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Pencarian oleh pasukan keselamatan pelbagai negara kini sedang giat dilakukan di koridor selatan Lautan Hindi. - SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment