Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, March 28, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Penganjur Festival Muzik Kuantan bersempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 kesal kerana acara itu yang dijadualkan berlangsung di Cherating dekat sini bulan depan terpaksa dibatalkan.

Pengarah festival, Atord Hamdan dan Erica Gilbert dalam satu kenyataan media berkata, pembatalan itu berikutan arahan pihak berkuasa tempatan di Kuantan yang menarik lesen penganjuran acara tersebut.

“Sebagai penganjur festival, kami bersedih untuk pencinta muzik di Kuantan dan Pantai Timur yang tidak dapat menikmati acara muzik akustik, blues, jazz, fusion yang tulen.

“Untuk makluman, sebarang laporan yang mengaitkan penganjur Festival Muzik Kuantan dengan Festival Future Music Asia (FFMA) 2014 yang telah membawa kepada pembatalan Festival Muzik Kuantan adalah satu laporan yang salah,” dakwa kenyataan itu hari ini.

Media pada 19 Mac lalu melaporkan Festival Muzik Kuantan sempena TMM 2014 dibatalkan bagi mengambil iktibar kejadian semasa konsert FFMA 2014 di ibu negara baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusof dipetik berkata, keputusan itu dicapai melalui perbincangan bersama antara pihak polis, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) hari ini.

Seramai enam remaja termasuk pelajar perempuan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dilaporkan meninggal dunia semasa menyaksikan konsert FFMA 2014 akibat pengambilan dadah secara berlebihan.

0 comments:

Post a Comment