Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, March 14, 2014

No Comment


TERNYATA rakyat Malaysia masih belum berputus asa untuk menanti perkhabaran positif mengenai kehilangan pesawat MH370 yang sudah menjengah hari ketujuh.

Bagi berkongsi rasa empati yang kini dilalui oleh ahli keluarga para penumpang, syarikat Eros Consulting Sdn. Bhd, Kuala Lumpur bakal menganjurkan sebuah majlis khas iaitu “SAMA-SAMA FOR MH370″.

Uniknya, majlis ini akan menjadi medan untuk para karyawan melahirkan ekspresi dan rasa sedih mereka terhadap nasib yang menimpa para penumpang dan anak kapal pesawat MH370 itu dengan cara yang tersendiri.

Bertempat di RUANG, Subang Jaya pada 16 Mac (Ahad) nanti, pelbagai acara akan diadakan bermula jam 2 petang hingga 9 malam.

Ia termasuklah acara lukisan grafiti, persembahan ‘unplugged’, deklamasi sajak selain ruang untuk seni dan ekspresi orang ramai, tetamu dan para artis.

Aktiviti pada malamnya pula lebih terarah kepada ibadah iaitu menerusi solat Maghrib, Isyak dan juga tahlil serta bacaan Yassin.

Kepada orang ramai yang berminat untuk menyertai majlis ini, anda boleh menghubungi Amir Baharudin di talian 019-668 3030

0 comments:

Post a Comment