Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages

Friday, March 14, 2014

No Comment

Hampir 50 pemilik kereta Volkswagen berkumpul di ibu pejabat Volkwagen Group Malaysia (VGM) di Bangsar, semalam bagi menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap kenderaan yang dibeli.

Salah seorang daripada mereka yang mengasaskan perkumpulan semalam berkata, mereka mahu meminta VGM menunaikan janji dengan memberikan perkhidmatan selepas jualan yang bagus selain bertanggung jawab terhadap produk yang telah dijual.

“Kami rasa tertipu dengan waranti dan ciri keselamatan yang dijanjikan apabila ada pemilik yang terpaksa menukar enjin dan mengganti pek klac dalam tempoh tak sampai dua tahun menggunakan kereta,” ujar Ben Yeo.

Justeru dalam pertemuan semalam, para pemilik meminta beberapa perkara daripada pihak VGM termasuk memanjangkan tempoh waranti untuk enjin dan kotak gear kepada 10 tahun dan tidak membatalkan waranti untuk servis kenderaan yang mencecah jarak tidak melebihi 3,000 kilometer.

Menurut Yeo, masalah kotak gear sememangnya sudah diketahui oleh Volkswagen China yang memanjangkan tempoh waranti kenderaan kepada 10 tahun namun di Malaysia, tempoh waranti dikatakan masih lagi terhad kepada lima tahun.

- REM RAMZI

Sumber: livelifedrive.com / Facebook Vw Dsg 7 Defects Community

0 comments:

Post a Comment