Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, March 14, 2014

No Comment

Walaupun dinafikan oleh kerajaan Malaysia, namun penyiasat Amerika Syarikat (AS) masih kekal dengan pandangan bahawa MH370 mungkin telah terbang sehingga 4 jam lagi selepas hubungan dengan menara kawalan dipercayai sengaja diputuskan pukul 1.30 pagi, Sabtu lalu.

Menurut pakar berkenaan, laporan media sebelum ini bahawa maklumat dihantar oleh enjin Boeing memang tidak tepat tetapi sebenarnya ia merujuk kepada analisa isyarat komunikasi satelit berkaitan status sesetengah sistem dalam penerbangan yang dihantar Boeing 777 secara otomatik ke daratan.

Menurut pakar berkenaan, hampir 4 jam selepas MH370 hilang dari radar awam, saluran komunikasi dalam kapal terus berhubung dengan satelit dalam mode ‘stand by’.

Komunikasi tahap itu menurut pakar berkenaan tidak menghantar sebarang data tetapi memperlihatkan kapal terbabit sebagai tidak terhempas dan masih beroperasi.

Merumuskan perkara itu, pakar berkenaan berkata, selepas hilang dari radar awam, sistem komunikasi kapal berkenaan masih berhubung dengan satelit cuma ia tidak menghantar apa-apa maklumat atau data.

Andai kapal berkenaan meletup atau musnah di udara, maka tidak akan ada apa-apa langsung perhubungan antara sistem dalam kapal dengan satelit.

“Perumpamaannya di sini ialah kapal itu berkata, saya masih di sini dan saya bersedia untuk menghantar data,” katanya seperti yang dilaporkan Asia Wall Street Journal.

Pemangku Menteri Pengangkutan dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam menyangkal dakwaan media asing bahawa pesawat MH370 yang masih hilang, telah terbang untuk beberapa jam selepas lenyap daripada radar pada awal pagi 8 Mac, yang menyarankan kemungkinan adanya cubaan rampasan.

Beliau berkata transmisi terakhir daripada pesawat itu adalah pada 1.07 pagi dan ia menunjukkan bahawa semuanya normal.

Hishammuddin berkata berikutan laporan mengenai dakwaan itu, MAS telah bertanya kepada Rolls Royce dan Boeing Company secara khusus mengenai penghantaran data, dan
syarikat berkenaan menyatakan laporan itu adalah tidak tepat.

Menurut analisa pakar, jika kapal berkenaan terus terbang selama 4 jam lagi setelah hilang dari radar, maka pesawat berkenaan telah mengembara 2,200 Batu Nautika Atau 4,048 kilometer (KM) dari lokasi ia hilang.

Ia boleh meliputi antara kawasan seperti Papua New Guinea, Irian Jaya, Utara Australia, Burma, India, Pakistan, Laos dan lain-lain lagi.

Pegawai mencegah keganasan Amerika Syarikat sedang memeriksa sama ada MH370 “secara sengaja mengubah haluan” daripada laluan yang dirancang dengan “hasrat untuk menggunakannya kemudian bagi tujuan lain.”

0 comments:

Post a Comment