Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, March 26, 2014

No Comment

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menegur ahli-ahli parlimen pembangkang kerana terus membangkitkan macam-macam soalan berkaitan tragedi pesawat MH370 di Parlimen.

Beliau khuatir kenyataan yang dibuat akan menambah kekusutan sedangkan kerajaan sedang berusaha bersungguh-sungguh bagi mengetahui punca sebenar kejadian itu.

“Saya sendiri pun ingin tahu. Ada masa sampai jam 2 pagi belum tidur tengok berita luar negara. Kita harus sedar, negara kita kecil dan ada macam-macam kekangan sebab itu saya bersabar,” katanya.

Beliau menegur ahli parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad yang mendesak timbalan menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri menjelaskan mengenai insiden MH370 membabitkan soal radar TUDM yang mengesan pesawat tidak dikenali pada malam kehilangan MH370 tetapi lewat memaklumkannya.

Menurut Pandikar Amin, banyak yang rakyat ingin tahu mengenai kejadian tersebut.

“Bila tanya (timbalan) menteri, tidak semua boleh dijawab. (Saya khuatir) Ada yang keluar dari mulut Yang Behormat akan tambah kekusutan…jangan perkembangluaskan,” ujarnya ketika persidangan menggulung perbahasan ucapan terima kasih titah Agong oleh Kementerian Pertahanan.

Beliau menasihatkan ahli-ahli parlimen menunggu keputusan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) atau Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) berhubung perkara itu.

“Saya sendiri setuju (tubuh RCI dan PSC). Biar ahli-ahli Yang Berhormat yang banyak teori ini dilantik dalam jawatankuasa berkenaan. Buatlah rumusan yang canggih-canggih, yang belum kita dengar. Saya juga ternanti-nanti,” ujar beliau. – bnbbc.my

0 comments:

Post a Comment