Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 6, 2014

No Comment

SEPANG – Lembaga Tabung Haji sedang menunggu maklum balas daripada kerajaan Arab Saudi berhubungan permohonannya mendapatkan tambahan kuota sebanyak 10,000 jemaah haji Malaysia tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Malaysia membuat permohonan itu pada mesyuarat mengenai persiapan musim haji tahun ini bersama kerajaan Arab Saudi baru-baru ini.

Pada musim haji lepas, kuota jemaah Malaysia ialah 22,320 iaitu selepas pengurangan sebanyak 20 peratus daripada 27,900 sebelum itu.

“Jika permintaan ini tidak diperolehi, cukup memadai jika kerajaan Arab Saudi memenuhi kuota jemaah Malaysia pada yang asal iaitu 27,900,” katanya dalam sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini sejurus tiba dari Arab Saudi.

Tahun lepas, kerajaan Arab Saudi mengurangkan kuota haji sebanyak 20 peratus berikutan kerja-kerja pembesaran Masjidil Haram di Makkah.

Pengurangan kuota bagi semua negara itu dijangka berlaku sehingga 2016 iaitu selepas berakhirnya kerja pembesaran itu.

Sementara itu, Jamil Khir berkata antara perkara yang dibincangkan pada mesyuarat itu ialah aplikasi ‘E-Haji’ yang diperkenalkan kerajaan Arab Saudi bagi memudahkan urusan mendapatkan visa haji.

“Selepas ini semua jemaah haji akan memohon visa secara dalam talian di mana sebelum ini aplikasi itu hanya dilakukan untuk mendapatkan visa umrah sahaja,” katanya.

Selain itu, bermula tahun ini kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota umrah pada Ramadan ialah 500,000 orang di mana setiap negara hanya boleh menghantar satu rombongan dalam satu masa.

“Sebagai contoh, jika kita menghantar 1,000 jemaah umrah pada satu-satu masa, maka mereka harus pulang dahulu sebelum kumpulan lain pergi ke sana. Oleh itu, saya nasihatkan tempoh ibadah umrah dapat dipendekkan untuk memberi peluang kepada orang lain,” katanya.

Jamil Khir berkata mesyuarat itu diberitahu bahawa sistem kerajaan Arab Saudi mendapati 21 nama jemaah haji Malaysia musim lepas yang dikategorikan sebagai jemaah tidak pulang.

“Pada pendapat saya, mereka telah pulang cuma mungkin dalam sistem itu tidak tertera nama itu atau mungkin jemaah telah meninggal dunia. Kita akan meminta senarai nama daripada Lembaga Tabung Haji untuk menyelesaikan perkara ini,” katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment