Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 6, 2014

No Comment

MELAKA – Bantuan persekolahan RM100 yang disalur oleh kerajaan pusat turut memberi manfaat kepada 6,988 pelajar sekolah agama di Melaka membabitkan peruntukan berjumlah RM698,800.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Melaka Datuk Md Yunos Husin berkata jumlah itu membabitkan pelajar di 14 sekolah agama bantuan kerajaan dan tiga sekolah menengah kebangsaan agama.

Selain itu, lapan sekolah agama swasta meliputi sebuah sekolah menengah dan tujuh sekolah tahfiz dengan 802 pelajar turut menerima bantuan tersebut membabitkan peruntukan berjumlah RM80,200, katanya dalam persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini Khamis.

“Kerajaan ingin memberi bantuan ini kepada semua sekolah namun mereka perlulah berdaftar dengan kerajaan dan mengikuti kurikulum yang telah ditetapkan,” katanya menjawab soalan Dr Md Khalid Kassim (PAS-Bukit Baru) berhubung sekolah agama rakyat tidak menerima bantuan tersebut.

Md Yunos berkata sebanyak 16 sekolah agama rakyat di seluruh negeri itu tidak menerima bantuan persekolahan berkenaan berikutan tidak berdaftar dengan kerajaan.

Selain itu, persidangan turut dimaklumkan sebanyak 154 kes demam denggi dilaporkan di Melaka bagi tempoh awal tahun ini hingga 15 Feb lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Pembangunan Sukan Melaka Datuk Ab Rahaman Ab Karim berkata sepanjang tahun lepas Melaka merekodkan 1,505 kes demam denggi dengan sembilan kematian.

“Jumlah itu meningkat 235 peratus berbanding 449 kes pada 2012,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Ng Choon Koon (BN-Bemban) mengenai jumlah kes demam denggi dan langkah diambil kerajaan dalam mencegah demam denggi di negeri itu.

Katanya sikap masyarakat yang membiarkan premis masing-masing menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes antara faktor utama menyumbang kepada peningkatan kes demam denggi.

Justeru katanya beberapa langkah bersepadu melibatkan Jabatan Kesihatan negeri, pihak berkuasa tempatan dan Jawatankuasa Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (Combi) telah dilaksanakan termasuk melakukan semburan kabus di kawasan berisiko, mengadakan aktiviti gotong-royong serta penguatkuasaan bagi mencegah pembiakan nyamuk Aedes. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment