Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 6, 2014

No Comment

WASHINGTON – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu meminta pemimpin Palestin, Mahmoud Abbas supaya mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara Yahudi sebagai bukti bahawa beliau bersedia untuk menamatkan konflik melibatkan kedua-dua pihak.

Berucap di sini kelmarin, Netanyahu memberitahu Abbas bahawa beliau perlu segera mengiktiraf negara Israel tanpa sebarang dolak-dalih.

Dalam ucapan tersebut, Netanyahu berharap satu persetujuan damai Israel-Palestin dapat dicapai tetapi sangsi ia akan dapat bertahan.

“Persetujuan damai itu pastinya akan ditentang oleh pergerakan Hezbollah, Hamas, Al-Qaeda atau kumpulan-kumpulan militan lain,” katanya.

Netanyahu berkata,, walaupun tentera pengaman antarabangsa dapat membantu untuk memastikan keselamatan Israel, hanya tentera Yahudi yang mampu mempertahankan tanah air mereka.

Pada masa yang sama, beliau turut mengulangi kesangsian tentang dakwaan Iran bahawa republik Islam itu tidak berusaha untuk membina senjata nuklear. – AP

0 comments:

Post a Comment