Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, March 28, 2014

No Comment

Assam – Dua pemburu haram di India dibunuh selepas menyebabkan kematian seekor badak sumbu dari spesis terancam secara kejam di pusat lindungan hidupan liar di sini.

Badak itu ditemui mati dengan sumbunya dirobek dan bangkainya dibuang dari pusat lindungan hidupan liar Pobitora.

Pegawai perhutanan kemudiannya menembak mati kedua-dua pemburu haram itu selepas kejadian tembak menembak di lokasi pembunuhan haiwan berkenaan.

Lapan pemburu haram dikatakan memasuki pusat itu untuk memburu badak kelmarin.

Pengawal keselamatan terdengar bunyi tembakan kira-kira jam 1 pagi dan tiba di tempat kejadian untuk menahan pemburu itu.

Haiwan itu tidak berjaya diselamatkan.

Pusat lindungan itu menempatkan 93 daripada 3,000 ekor badak sumbu liar India yang menjadikan kawasan itu habitatnya. – AP

0 comments:

Post a Comment