Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 6, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Mudah, cepat dan paling utama tidak memeningkan kepala.

Itulah kemudahan, yang ditawarkan oleh portal Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan PPZ-MAIWP) bagi menggalakkan umat Islam menunaikan kewajipan berzakat.

Kemudahan pembayaran zakat secara dalam talian (online) itu adalah alternatif terbaik bagi umat Islam yang sibuk untuk menunaikan kewajipan mereka.

Portal PPZ-MAIWP, yang boleh dilayari di www.zakat.com.my , menyediakan pelbagai perkhidmatan pembayaran zakat termasuk pendapatan, wang simpanan, perniagaan, emas, saham dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tanpa perlu mengunjungi kaunter pusat itu.

Skim Potongan Gaji Zakat menjadi pilihan utama umat Islam dengan sepanjang tahun lepas skim itu menyumbang 56 peratus daripada kutipan zakat yang keseluruhan berjumlah RM484.6 juta.

SKIM THOHIR

Menurut Pengurus Unit Dakwah dan Pemasaran PPZ-MAIWP, Saufiyuddin Abu Bakar, Skim Potongan Gaji Zakat atau dikenali sebagai Skim Thohir adalah kaedah yang disediakan bagi kemudahan pembayar zakat sama ada di dalam mahupun luar negara.

“Thohir bermaksud suci dan membabitkan skim potongan gaji zakat berjadual. Ia mudah kerana pembayar zakat hanya perlu mengisi borang dan PPZ-MAIWP akan uruskan proses seterusnya termasuklah menghubungi majikan mereka,” kata Saufiyuddin.

Pembayar perlu mengisi Borang Kebenaran Potongan Gaji (PPZ 052) secara online dan pihak PPZ-MAIWP akan membuat susulan kepada bahagian gaji atau majikan mereka.

Proses ini mengambil masa tujuh hari bekerja untuk tindakan selanjutnya.

“Kami menerima banyak permohonan daripada kakitangan syarikat petroleum (minyak dan gas) yang sering berada di pelantar minyak ataupun yang bertugas di luar negara,” katanya.

PPZ-MAIWP juga tidak bersikap memilih dan bersedia menguruskan walaupun hanya satu permohonan daripada mana-mana syarikat yang berskala besar atau kecil.

Pihaknya akan berhubung terus dengan majikan pemohon kerana pembayaran zakat adalah satu kewajipan malah dakwah yang perlu disampaikan.

“Ada juga majikan yang menyediakan kemudahan Skim Thohir tetapi kerana kesibukan, kakitangan di situ juga boleh membuat permohonan secara online kepada kami untuk uruskan,” katanya.

KELEBIHAN KEPADA MAJIKAN

Sehingga kini terdapat lebih 3,000 majikan yang melaksanakan Skim Thohir termasuk syarikat-syarikat yang diuruskan oleh bukan dalam kalangan umat Islam.

Menerusi skim ini majikan secara tidak langsung membantu para petugas melaksanakan tanggungjawab zakat pendapatan.

Malah ia tidak membebankan majikan kerana urusan pengiraan dan taksiran zakat petugas akan dilakukan oleh PPZ-MAIWP.

“Jika ada permintaan Skim Thohir daripada petugas, majikan boleh mendapatkan borang Skim Thohir (berwarna kuning) daripada mana-mana kaunter cawangan PPZ-MAIWP,” katanya.

Majikan hanya perlu memastikan jumlah potongan gaji pada jumlah yang tertera dalam borang Skim Thohir yang diisi dan dipersetujui pembayar pada setiap bulan.

Beliau turut menjelaskan perkara yang perlu dilaksanakan majikan yang berhasrat menyediakan kemudahan Skim Thohir iaitu:

1.Menghantar borang Kebenaran Potongan Gaji Zakat ‘Salinan PPZ’ (bagi pembayar kali pertama sahaja).

2. Menyediakan senarai nama pembayar, nombor kad pengenalan lama dan baru, jumlah potongan bulanan dan bulan potongan.

3. Cek pembayaran atas nama Pusat Pungutan Zakat.

4. Menghantar bayaran sebelum atau pada 10hb setiap bulan.
“Selain itu, data pembayaran zakat melalui potongan gaji boleh dihantar terus ke mana-mana kaunter cawangan PPZ-MAIWP atau melalui email di antara PPZ-MAIWP dengan majikan,” jelas Saufiyuddin.

POTONGAN SECARA ELEKTRONIK

Satu lagi kemudahan terkini yang diberi kepada majikan yang melaksanakan skim Thohir ialah menerusi sistem pengurusan tunai elektronik.

Ia satu saluran yang memudahkan majikan seperti Biz-Channel oleh CIMB, Maybank2e.net oleh Maybank dan e-Giro oleh OCBC Bank.

Kemudahan berkenaan membantu majikan membuat pembayaran lebih cepat.

Selain status pembayaran boleh diselia secara online, infrastruktur itu mempunyai ciri keselamatan tinggi dan berupaya meningkatkan tahap kecekapan dan produktiviti.

Menurut Saufiyuddin, bagi majikan yang berminat menggunakan perkhidmatan terbaharu ini, mereka boleh terus menghubungi pihak bank berkenaan.

BAYARAN ZAKAT DAN CUKAI INDIVIDU

Beliau turut menjelaskan bahawa mereka yang membayar zakat boleh mendapat rebat cukai pendapatan individu seperti yang terdapat dalam akta Rebat Zakat Individu (Mastautin).

Bagi kemudahan rebat bulanan atas Potongan Cukai Berjadual (PCB) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), majikan boleh menyelaras potongan itu dengan mengambil kira amaun bulanan untuk PCB.

Majikan yang memerlukan khidmat ceramah dan kaunter info zakat PPZ-MAIWP boleh menghubungi 1 300 88 5757 atau email info@zakat.com.my . – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment