Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 6, 2014

No Comment

BUKAN sahaja Hanez Suraya mengarahkan isteri kekasihnya, Liyana Manan meminta maaf kepadanya, malah dia juga dengan yakinnya berkata bahawa dia langsung tidak takut akan balasan terhadap perbuatannya merampas suami orang.

Melalui Berita Harian, Liyana mempersoalkan tindakan Hanez itu:

“Kenapa saya perlu meminta maaf? Sepatutnya, dia yang perlu memohon maaf kepada saya. Kalau ikutkan kenyataannya sebelum ini, semuanya seolah-olah mencabar dan menaikkan kemarahan saya, suruh serang, tunjuk bukti, dakwa bekas isteri buat fitnah dan macam-macam lagi.

“Saya marah kerana dia muat naik gambarnya bersama nak-anak saya. Saya masih isteri Romie, belum bercerai lagi. Itu hakikatnya. Apabila saya bersuara dan tampil dengan bukti, saya pula dipersalahkan. Saya tak kisah jika Hanez dan suami nak berkahwin, tapi biarlah kes penceraian kami selesai dulu,” katanya.

Betul juga apa yang dikata Liyana itu. Kalau diikutkan, Hanez yang perlu minta maaf pada Liyana.

Bukan sahaja menipu mengatakan kekasihnya itu duda, dia juga sewenang-wenangnya memuatnaik gambar bersama anak-anak Liyana selain mencabarnya menunjukkan bukti.

Kalau dah kemaruk sangat pun, rasanya lebih baik Hanez senyap sahaja sehingga kes perceraian Liyana dan kekasihnya itu selesai.

Tak perlulah beria-ria tayang kemesraan di sana-sini…

Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment