Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, June 15, 2014

No Comment

PELABUHAN KLANG – Majlis Perbandaran Klang (MPK) hari ini menganjurkan Ops Gagak yang disertai lebih 115 penembak berlesen dari sekitar Daerah Klang bertujuan memerangi masalah burung gagak.

Pengarah Jabatan Korporat dan Komuniti MPK, Zaireezal Ahmad Zainuddin berkata, operasi yang diadakan setiap tahun itu juga bertujuan menjaga kebersihan persekitaran daerah tersebut berikutan bilangan burung gagak yang semakin bertambah.

“MPK mensasarkan sekurang-kurangnya 7,000 bangkai gagak dapat dilupuskan dalam operasi yang bermula pukul 6 pagi tadi sehingga 7 malam ini berbanding 6,000 ekor pada tahun lepas,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Peserta Ops Gagak dikenakan yuran pendaftaran RM5 seorang dan bagi setiap seekor gagak yang berjaya ditembak, pesertanya diberi habuan sebanyak RM3.

Sumber: BERNAMA

0 comments:

Post a Comment