Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, June 14, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Angin kencang barat daya dan laut bergelora di perairan Langkawi, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Sabah dijangka berterusan sehingga Selasa ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata angin kencang dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dan mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter turut berlaku di bahagian Kudat dan Pantai Barat, Sabah.

Keadaan sama juga dijangka dialami di perairan Phuket, Selat Melaka Utara, Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan yang dijangka turut berterusan sehingga Selasa.

Keadaan ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi dan sukan laut.

Sementara itu, ribut petir dengan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter di kawasan perairan Johor Barat dan Melaka dijangka berterusan sehingga lewat pagi ini.

0 comments:

Post a Comment