KUALA TERENGGANU – Jurulatih T-Team Mohd Azraai Khor Abdullah tidak mahu mencipta sejarah sebagai jurulatih pertama membawa pasukan kelab dari Terengganu itu turun ke Liga Perdana.
Sebab itu katanya, beliau akan terus berusaha untuk meningkatkan prestasi pasukan bimbingannnya dalam perlawanan akan datang.
“Saya tidak mahu cipta sejarah jadi jurulatih yang pertama mambawa pasukan T-Team masuk ke dalam Liga Perdana tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas T-Team bertemu Selangor PKNS di sini malam tadi.
T-Team mengalahkan Selangor PKNS 2-0 untuk melonjak ke tangga sembilan Liga Super.
Namun beliau kurang berpuas hati kerana masih terdapat kelemahan dalam T-Team.
Sumber: BERNAMA
0 comments:
Post a Comment