Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, June 14, 2014

No Comment

CHILE 3
Alexis Sanchez (m12)
Jorge Valdivia (m14)
Jean Beausejour (m90+2)

AUSTRALIA 1
Tim Cahill (m35)

CUIABA – Chile membuka kempen Piala Dunia dengan langkah kanan namun terpaksa bekerja keras sebelum mencatat kemenangan 3-1 ke atas Australia dalam aksi Kumpulan B di Arena Pantanal, sebentar tadi.

Bintang Barcelona, Alexis Sanchez menyempurnakan tugasnya dengan meledak gol pertama Chile seawal minit ke-12 sebelum menjadi perancang utama gol kedua yang disumbat Jorge Valdivia, dua minit kemudian.

Ketika Chile seakan mampu melakar kemenangan mudah, Australia yang berada di ranking ke-62 dunia, terendah daripada semua 32 pasukan di Brazil meledak jaringan hasil tandukan Tim Cahill pada minit ke-35.

Dan ketika perlawanan yang turut dilanda beberapa kontroversi pengadilan itu dijangka berakhir tanpa sebarang tambahan gol, pemain Wigan, Jean Beausejour melengkapkan jaringan ketiga Chile pada masa kecederaan.

Keputusan memberi Chile yang berada di kedudukan ke-14 dunia tiga mata penuh dan akan bertemu juara dunia, Sepanyol yang membara selepas dimalukan Belanda dalam perlawanan lebih awal.

Sumber: Agensi

0 comments:

Post a Comment