Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, June 14, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR, Apakah perasaan bergelar bapa kepada Datuk Nicol Ann David, ratu skuasy yang terkenal di seluruh dunia?

“Lebih ramai orang mengenali saya sebagai ayah Nicol berbanding diri saya yang sebenar,” kata Desmond David sambil ketawa dan menambah, tidak kurang juga yang meminta petua bagaimana mahu melahirkan seorang bintang sukan.

Desmond, seorang jurutera awam, berkata setiap kali berhadapan dengan situasi itu, beliau hanya menasihatkan ibu bapa berkenaan untuk tidak memaksa anak melakukan perkara yang tidak diminati mereka.

“Saya pernah aktif dalam bola sepak, Nicol dalam skuasy. Setiap anak perlu diberi ruang untuk melakukan apa yang mereka minat, dan barulah mereka boleh berjaya,” katanya kepada pemberita selepas menerima Anugerah Khas Bapa sempena sambutan Hari Bapa Peringkat Kebangsaan 2014 di sini, hari ini.

Desmond berkata walaupun Nicol tidak berada di Malaysia sepanjang masa, anaknya tidak pernah melupakan tarikh penting seperti ulang tahun kelahiran dan Hari Bapa dan akan menelefon untuk memberikan ucapan.

“Hubungan kami rapat, namun disebabkan jadual latihan dan perlawanan Nicol, kami jarang berjumpa. Namun, hujung minggu adalah hari yang dinanti sebab Nicol akan menelefon kami untuk bertanya khabar,” katanya.

Sementara itu Mohamad Said, 58, bapa kepada atlet memanah negara Khairul Anuar, berkata beliau bangga dengan pencapaian anaknya yang kini berada di ranking kelapan Piala Dunia dan ranking keenam World Series Olimpik 2012,
meskipun jarang dapat bertemu kerana sibuk menjalani latihan.

“Kita faham bukan mudah untuk dia balik bercuti lama di kampung (Kemaman,Terengganu). Tapi bila anak balik memang seronok nak layan selera dia, yang suka makan gulai tempoyak ikan patin atau masakan ikan keli,” katanya.

Malah, Mohamad, yang bekerja sendiri, juga tidak lupa untuk ‘mengirimkan’ lauk itu kepada anaknya yang lain jika mereka pulang bercuti di kampung dan Khairul Anuar berada di ibu kota.

Sementara itu, petani Pamg Anak Joheng, 68, bapa kepada ratu terjun negara Pandalela Rinong, berkongsi cerita bahawa anaknya itu suka makan sambal petai.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment