Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, June 14, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Berbaki tiga perlawanan Liga Perdana musim ini, wakil kelab Felda United FC (FUFC) mengintai peluang untuk meraih slot terakhir ke Liga Super musin 2015.

Pengendali pasukan FUFC, Irfan Bakti Abu Salim menyifatkan naib juara Piala FA 2014 itu masih berpeluang meraih slot ke Liga Super musim hadapan seandainya meraih kemenangan dalam baki tiga perlawanan.

FUFC akan menentang pendahulu liga, Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Isnin ini, disusuli Negeri Sembilan di tempat lawan pada 20 Jun sebelum menamatkan aksi Liga Perdana 2014 menentang Kedah di Stadium MBPJ, empat hari kemudian.

“Insya-Allah, ada lagi baki tiga perlawanan melibatkan beberapa pasukan tangga teratas dan kami cuba untuk meraih kemenangan walaupun terpaksa menempuh jadual liga yang agak padat,” katanya ketika ditemui Bernama selepas perlawanan menentang Pulau Pinang di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, dekat sini, malam tadi.

Pada perlawanan itu, skuad ‘The Fighters’ mencatat kemenangan selesa 4-1 bagi memintas kedudukan Pulau Pinang di tangga kedua Liga Perdana.

Berkongsi pandangan yang sama adalah ketua jurulatih Pulau Pinang, K. Devan yang optimis pasukan kendaliannya mampu melayakkan diri ke Liga Super, musim hadapan walaupun sedar mereka perlu mengharapkan FUFC supaya keciciran mata dalam baki tiga perlawanan.

“Kita hanya dibezakan dengan dua mata bersama FUFC dengan baki tiga perlawanan untuk ditamatkan…Kami akan cuba meraih kemenangan dalam tiga perlawanan selepas ini untuk layak beraksi ke Liga Super (2015),” katanya.

Devan turut membidas kelalaian benteng pertahanan selain beberapa pemain tengah yang dilihat gagal berfungsi menjadi punca skuad ‘Harimau Kumbang’ kalah kepada FUFC pada perlawanan berkenaan.

PDRM hanya perlu mencatatkan keputusan seri menentang FUFC untuk meraih kejuaraan Liga Perdana, sekali gus mengesahkan slot ke Liga Super 2015.

Skuad ‘The Cops’ mengekalkan rekod tanpa kalah kepada 19 perlawanan susulan kemenangan selesa 4-1 ke atas Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang FC (PBAPP FC) di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, malam tadi.

Keputusan itu menyaksikan mereka mengumpul 49 mata, berkelebihan lapan mata berbanding FUFC

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment