Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, June 14, 2014

No Comment

RIO DE JANEIRO: FIFA sudah menjalankan inkuiri terhadap satu kain rentang yang bersifat ‘provokatif’ skuad Argentina mengenai tuntutan Kepulauan Falkland dalam satu perlawanan persahanatan sebelum Piala Dunia.

Ketua Jawatankuasa Disiplin FIFA berkata, kain rentang yang tertera itu jelas menyalahi peraturan kerana ia bersifat agresif dan provokatif.

Sehubungan itu, Argentina boleh berdepan dengan hukuman denda pada penghujung inkuiri itu.

Pemain skuad Argentina memaparkan kain rentang yang tertera: “Las Malvinas Son Argentinas (The Malvinas are Argentinian – Orang Malvinas adalah penduduk Argentina)” di tengah penonton sebelum perlawanan menentang Slovenia di La Plata, lima hari sebelum sepak mula Piala Dunia.

Falklands yang menjadi perebutan pada 1982 apabila tercetusnya perang antara Britain dan Argentina selepas Argentina menduduki Kepulauan Selatan Atlantik itu yang juga dikenali sebagai Las Malvinas dalam bahasa Sepanyol.

Pemain England di Piala Dunia sudah diarahjkan agar jangan memberi reaksi terhadap soalan berhubung kepulauan Falklands di temasya bola sepak terbesar itu.

FIFA berkata, Persatuan Bola Sepak Argentina sudah diminta mengemukakan pendirian mereka kepada jawatankuasa disiplin FIFA berhubung isu itu.

Sumber: AFP

0 comments:

Post a Comment