Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, June 14, 2014

No Comment

MANAUS – Pengurus England, Roy Hodgson mendedahkan penyerang Manchester United, Danny Welbeck akan cergas untuk berdepan Itali pada perlawanan pembukaan Kumpulan D.

“Danny cergas,” kata Hodgson dalam sidang media selepas sesi latihan di Arena Amazonia, semalam.

“Saya amat bernasib baik kerana kerana selepas empat minggu persiapan, satu-satunya pemain yang tidak boleh diturunkan ialah Alex Oxlade-Chamberlain. Ia adalah perkara yang kami tahu, jadi tiada sebarang aduan mengenainya.”

Selasa lalu, media Britain melaporkan Welbeck terpaksa dipapah keluar ketika sesi latihan tertutup pasukan akibat kecederaan dan tidak menjalani latihan pada hari berikutnya.

Bintang tengah Arsenal, Oxlade-Chamberlain pula masih bergelut untuk pulih selepas berdepan kecederaan ligamen lutut ketika perlawanan persahabatan menentang Ecuador. 

Sumber: AFP

0 comments:

Post a Comment