Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, June 15, 2014

No Comment

KAHERAH - MESIR. Pusat Islam di Mesir mengeluarkan fatwa melarang umat Islam menyertai kumpulan Militan Negara Iraq dan jajahannya (ISIL).

Jurucakap Dar al-Ifta, Ibrahim Negm yang mengumumkan fatwa tersebut berkata, aktiviti ISIL di Syria dan Iraq umpama berkhidmat kepada musuh Islam.

“Kumpulan pelampau ini melakukan jenayah di negara Islam menggunakan alasan ‘demi agama’ dan menerima pakai tafsiran yang salah dalam ajaran Islam,” katanya.

Dar al-Ifta merupakan pertubuhan Islam terbesar di Mesir yang berfahaman Sunni.

Jumaat lalu, ulama Syiah, Ayatollah Ali al-Sistani mengeluarkan fatwa menyeru orang ramai di Iraq dan Syria supaya mengangkat senjata dan mempertahankan negara mereka terhadap gerakan militan ISIL.

“Semua individu dari seluruh lapisan masyarakat digesa menyertai tentera untuk menentang ISIL,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki berkata, pihak berkuasa di wilayah Niniwe dan Salahuddin harus melawan gerakan ISIL yang makin ganas.

“Arab Saudi dan Qatar punca utama merebaknya krisis keselamatan dan keganasan ini. Mereka juga adalah penyokong utama keganasan global,” katanya.

ISIL kini cuba menawan Baghdad selepas mengambil alih sepenuhnya wilayah Mosul minggu lalu.

Sumber: Agensi

0 comments:

Post a Comment