Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, June 15, 2014

No Comment

England 1
Daniel Sturridge (m36)

Itali 2
Claudio Marchisio (m33)Mario Balotelli (m50)

MANAUS – Jaringan tunggal babak kedua penyerang kontroversi, Mario Balotelli sudah cukup buat juara dunia empat kali, Itali mencatat kemenangan 2-1 ke atas England pada perlawanan Piala Dunia Kumpulan D di Arena Amazonia, sebentar tadi.

Terikat 1-1 berakhir babak pertama, kedua-dua pasukan pantas mengubah corak permainan sebelum Balotelli yang pernah beraksi di England bersama kelab Manchester City menanduk masuk gol hasil yang menewaskan bekas rakan sepasukannya, Joe Hart.

Permainan pada separuh masa pertama nampak seimbang sekalipun Itali lebih dulu di depan menerusi Claudio Marchisio yang memanfaat gerakan bijak Andrea Pirlo menerusi satu sepakan percuma untuk melepaskan rembatan pada minit ke-33.

Namun England pantas menyamakan kedudukan tiga minit kemudian menerusi Daniel Sturridge hasil hantaran penyerang, Wayne Rooney.

Dan ketika ketiadaan penjaga gol utama Itali, Gianluigi Buffon yang tidak beraksi diharap memberi kelebihan, ia gagal dilaksanakan jentera serangan England.

England turut memperoleh beberapa peluang terbaik menyamakan kedudukan pada babak kedua apabila Rooney yang bijak memperdaya perangkap ofside namun rembatannya meliar manakala sepakan percuma pada jarak 22 meter ke gawang Itali yang diambil kapten, Steven Gerrard sekadar melepasi palang gol.

Kali terakhir Itali menjulang kejuaraan adalah pada 2006 dengan kemenangan tunggal England di Piala Dunia adalah pada 1966.

Manakala kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu dalam perlawanan kompetitif adalah pada suku akhir Euro 2012 yang menyaksikan Itali menang menerusi penentuan penalti.

Sumber: Agensi

0 comments:

Post a Comment