Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, June 15, 2014

No Comment

RECIFE – Kehadiran penyerang berbisa Didier Drogba di atas padang pada babak kedua perlawanan membantu Ivory Coast melakar kemenangan 2-1 ke atas wakil Asia, Jepun pada aksi Piala Dunia Kumpulan C di Arena Pernambuco, sebentar tadi.

Hanya dua minit selepas Drogba dimasukkan pada minit ke-62, Ivory Coast berjaya menjaring gol penyamaan menerusi tandukan Wilfried Bony hasil hantaran Serge Aurier pada minit ke-64 selepas Jepun terlebih dulu di depan pada separuh masa pertama.

Dan dua minit selepas gol pertama dijaringkan, Ivory Coast meledak gol kedua menerusi Gervinho juga hasil hantaran menarik Aurier yang sekali lagi menewaskan penjaga gol Jepun, Eiji Kawashima.

Jepun terlebih dulu di depan seawal minit ke-16 hasil jaringan Keisuke Honda yang memanfaat sepenuhnya hantaran menarik Yuto Nagatomo ke kawasan penalti menerusi satu rembatan kaki kiri padu yang gagal dibaca penjaga gol Ivory Coast, Boubacar Barry.

Sekalipun lebih menguasai perlawanan yang berlangsung dalam keadaan hujan, Ivory Coast yang memperoleh beberapa peluang terbaik termasuk menerusi Drogba gagal menambah jaringan.

Lawan Ivory Coast selepas ini ialah Colombia yang turut mencatat kemenangan ke atas Greece yang akan berdepan Jepun pada perlawanan kedua.

Sumber: Agensi

0 comments:

Post a Comment