Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, June 14, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya menamatkan dominasi Selangor sebagai pendahulu Liga Super selepas mengutip tiga mata penuh hasil kemenangan 4-3 ke atas Terengganu di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.

Pasukan yang terkenal dengan gelaran ‘Harimau Selatan’ itu kini mengumpul 38 mata dengan hanya perbezaan satu mata di hadapan Selangor.

Terengganu bermula garang apabila pemain importnya Moustapha Dabo membuka jaringan seawal minit kelima sebelum rakan sepasukan Nor Farhan Muhammad menggandakan jaringan pada minit ke-16.

Penyerang import JDT yang  berasal dari Argentina, Jorge Pereyra Diaz kemudianya mencipta hatrik apabila menjaringkan gol pada minit ke-21, 37′ dan 53′, manakala satu lagi gol pasukan tuan rumah disumbangkan oleh Mahalli Jasuli pada minit ke-45.

Skuad Penyu kembali bangkit merapatkan jurang gol menerusi jaringan Vincent Bikana pada minit ke-84.

Di Stadium Shah Alam, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan kejutan apabila mengalahkan Selangor 2-0.

Juan Arostegui muncul sebagai wira skuad ‘The Gladiators’ apabila berjaya menjaringkan dua gol pada minit ke-26 dan minit ke-64.

Sementara itu dalam saingan Liga Perdana, Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus kekal sebagai pendahulu liga selepas membenam pasukan tercorot Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP FC) 4-1 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.

Gol skuad Sang Saka Biru dijaringkan Ali Ashraf (minit ketiga dan 52′), Bobby Gonzales (minit ke-75) dan Charles Souza Chad (minit ke-85), manakala gol saguhati PBAPP FC disumbangkan Boris Aleksandrovich Kochkin pada minit ke-45.

Felda United terus kekal di tangga kedua carta liga setelah mengalahkan Pulau Pinang 4-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Empat gol Felda United dijaringkan oleh Ahmad Syamin Yahya pada minit ke-14, Mohd Raimi Mohd Noor (minit ke-29), Zah Rahan Krangar (minit ke-50) dan Abdul Latif Suhaimi pada mini ke-87.

Gol saguhati pasukan pelawat disumbangkan oleh Luiz Ricardo Lino Dos Santos pada minit ke-56.

Terdahulu pada aksi sebelah petang, DRB-Hicom FC membelasah UiTM FC 4-0 di Stadium  Hang Jebat, Krubong, Melaka.

Pemain import skuad kendalian G.Torairaju, Ogunboye Iyanu Ezekial mencipta hatrik pada minit kesembilan, minit ke-63 dan minit ke-68 sebelum Mohd Fakhrullah Rosli mengesahkan kemenangan pada minit ke-76.

Lain-lain keputusan Liga Perdana, Sabah seri tanpa jaringan kepada Perlis di Stadium Likas, Kota Kinabalu manakala Negeri Sembilan pula seri 2-2 dengan Johor Darul Ta’zim II di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban.

Kedah turut mengutip satu mata selepas seri 1-1 ke atas SPA Putrajaya di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment