Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, June 14, 2014

No Comment

SALVADOR – Jurulatih Sepanyol, Vicente del Bosque enggan menuding jari kepada seorang pun barisan pemain bintangnya selepas juara dunia itu dibelasah Belanda, 5-1 pada perlawanan pembukaan Piala Dunia Kumpulan B, awal pagi tadi.

Malah pengendali berusia 63 tahun itu turut tidak mempunyai jawapan kenapa gawang pasukannya yang terlebih dulu di depan dirobek sebanyak lima kali oleh Belanda sekalipun mengakui jentera pertahanannya amat lemah.

“Jelas ia bukan masa yang menggembirakan buat kami. Saya ucapkan tahniah kepada pasukan Belanda, mereka mengejutkan kami pada babak kedua. Ketika ini bukanlah masa untuk menuding jari menyalahkan sesiapapun. Kami semua bersalah.

“Saya tidak dapat mencari ayat untuk menerangkan lima gol ini. Kami bukanlah pasukan yang terlalu bertahan namun kami sentiasa mampu bertahan dengan baik. Hari ini, kami amat lemah di bahagian pertahanan.

“Apa pun, kami perlu terus memandang ke depan dan pergi ke perlawanan kedua dan menang menentang Chile,” kata Bosque yang mengakui kekalahan menyedihkan pemain dan peminat di luar padang.

Sepanyol bermula baik menerusi jaringan Xabi Alonso pada minit ke-27 menerusi penalti namun disamakan penyerang, Robin van Persie berakhir babak pertama sebelum kejutan tercipta apabila Belanda garang merobek gawang Sepanyol sebanyak empat kali.

Ia kekalahan terburuk Sepanyol dalam Piala Dunia sejak kali terakhir tumbang 6-1 kepada Brazil pada 1950 selain kekalahan keempat Del Bosque sejak mengambil alih tugas jurulatih penghujung 2008.

Empat tahun lalu di Afrika Selatan, kedua-dua pasukan bertemu di pentas final yang berakhir dengan kemenangan 1-0 buat Sepanyol.

Sumber: Reuters

0 comments:

Post a Comment