Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, June 15, 2014

No Comment


PETALING JAYA: Sebuah laman sesawang telah dikesan menyerupai laman berita tempatan The Star Online. 

Menurut Star Publications (M) Bhd yang mana mereka tiada sebarang perkaitan dengan laman tersebut. Ternyata laman copycat beralamat thestar.com-x.biz/special-report tidak mendapat kebenaran untuk penggunaan trademark dan tema laman termasuk logo mereka dari pemilik hakcipta.

Tujuan asal laman tersebut tidak diketahui dan mungkin semata-mata ingin meraih kepercayaan terhadap isi kandungannya atau lebih buruk jika bertujuan fitnah atau berita-berita palsu.

Berdasarkan pandangan SK perkara ini boleh mendatangkan bahaya kepada The Star dimana setiap kandungan baik atau buruk mahupun berunsur fitnah yang diterbitkan oleh laman seperti ini akan menggunakan identiti The Star.

Memetik dari mStar online "Kita akan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya bagi memastikan isu ini ditangani secepat mungkin," kata Ketua Produk (Digital) Star Publications, Serm Teck Choon".

Waulauapapun perkara ini telahpun dibuat laporan polis termasuklah kepada SKMM dan CMCF.

Di sini siakapkeli ingin menasihatkan kepada para pengguna internet sentiasalah berwaspada kepada alamat laman yang dilayari dan pastikan alamatnya itu adalah alamat yang diketahui kerana ia dapat mengelakkan anda tersilap ke laman tiruan dan mungkin anda berisiko dengan kecurian maklumat peribadi juga dikenali sebagai phishing. - SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment