Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, June 24, 2014

No Comment
Norhashimah menunjukkan bahagian bumbung rumahnya yang diterbangkan ribut.

JERTIH - Lebih 20 rumah di lima kampung mengalami kerosakan selepas dipukul ribut dalam kejadian hujan lebat yang melanda daerah ini, petang semalam.

Kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu membabitkan Kampung Kayu Kelat di Hulu Besut serta Kampung Tok Kundur Bukit Kenak, Alor Saji, Bukit Kenak dan Gong Kulim di kawasan Dun Jertih.

Antara paling banyak melibatkan kerosakan adalah di  Kampung Kayu Kelat apabila lapan rumah mengalami kerosakan di bahagian bumbung.

Seorang mangsa yang masih dalam pantang selepas melahirkan anak sulung, Siti Norbaiyah Che Ya, 19, berkata, kejadian itu nyaris mencederakan bayi lelakinya yang berusia 34 hari apabila atap asbestos jatuh menghempap tilam tempat anaknya tidur, hanya beberapa saat selepas dia mengambil anaknya itu.

Menurutnya, ketika kejadian, dia sedang menidurkan anaknya, Muhammad Zulamsyar Mohd Zulhimi dalam sebuah bilik di rumah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) itu, sementara dua adiknya, Syuhada, 17 dan Muhammad Lokman Hakim, 11, berada di bahagian ruang tamu, manakala ibu bapanya tiada di rumah.

“Saya terdengar tiupan angin kencang lalu melihat melalui tingkap di dalam bilik, air di sawah padi belakang rumah saya bagai berombak.

Pada masa sama, hujan lebat diikuti bunyi atap rumah mahu terangkat lalu saya capai anak yang sedang tidur untuk keluar menyelamatkan diri.

"Hanya beberapa saat kemudian, jatuh kepingan atap menghempap tempat anak saya tidur. Saya menjerit dan menangis sambil mendukung anak lalu mengarah adik lari menyelamatkan diri. Ketika menyelamatkan diri ke rumah saudara berhampiran, saya lihat serpihan atap melayang ke arah saya,” katanya di rumahnya, semalam.

Akibat kejadian itu, separuh atap rumah ibunya diterbangkan ribut sejauh hampir 30 meter, namun kesemua mereka tidak mengalami kecederaan kecuali Lokman yang mengalami luka kecil di dahi akibat terkena serpihan atap yang pecah.

Sementara itu, Norhashimah Nor, 47, dari Kampung Tok Kundur, Bukit Kenak berkata, ketika kejadian dia bersama ibunya, Masitah Abd Rahman, 68, berada dalam rumah sebelum dikejutkan bunyi kuat.

Selepas itu katanya, air membasahi lantai rumah dan apabila keluar, dia mendapati atap asbestos di bahagian depan rumah sudah tiada kerana diterbangkan angin.

“Biarpun atap rumah rosak tetapi kami bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan, namun agak terkejut dengan kejadian yang menimpa kami ini,” katanya.

Sumber - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment