Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, June 27, 2014

DARI kiri, Sashalyna, Marina dan Harjit Singh dalam sidang akhbar, semalam.

Subang Jaya: Rakan kongsi Zizan Razak meminta pelakon dan pelawak terkenal itu mengemukakan bukti menunjukkan dia menyeleweng wang syarikat mereka, Wire Fame Entertainment Sdn Bhd (WFE) seperti yang didakwa.

Marina Juki yang juga Pengarah Urusan WFE berkata, Zizan menuduhnya menyalahgunakan wang syarikat hingga membuatkan pelawak itu membekukan akaun syarikat sejak awal Jun lalu.

“Jika benar ia berlaku, saya minta Zizan kemukakan bukti dan berjumpa saya serta juruaudit syarikat untuk membincangkan hal ini,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Hadir sama dalam sidang media berkenaan juruaudit syarikat, Azlan Karim; peguam WFE, Sashalyna Abdul Latif serta peguam Marina, Harjit Singh Sandhu dan Wan Norliyana.

Dalam pada itu, Azlan turut menjelaskan setakat ini tiada berlaku sebarang penyalahgunaan wang dalam syarikat itu.

Katanya, setakat ini, usaha mereka untuk bersemuka dengan Zizan gagal.

“Pertemuan dengan Zizan adalah penting bagi berbincang secara baik dan bekerjasama bagi menyediakan laporan audit yang akan dikeluarkan,” katanya.

Terdahulu, Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abd Razak dikatakan tidak berhubungan dengan Marina yang juga pengurusnya gara-gara masalah peribadi membuatkan WFE yang ditubuhkan bersama akan dibubarkan.

Masalah itu berlarutan sehingga Marina yang memegang saham 30 peratus dituduh menyeleweng wang syarikat terbabit dan Zizan yang memegang saham terbesar 70 peratus menyekat akaun bank syarikat membuatkan dia sukar menjelaskan pembayaran kepada artis naungan syarikat seperti Johan As’ari dan Kaka Azraf.

Sumber - myMetro

0 comments:

Post a Comment