Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, June 15, 2014

No Comment

KANGAR – Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Perlis Datuk Selamat Saad mahu kerajaan mempertahankan Akta Hasutan 1948 dan memperbetulkan segala kelemahan yang ada di dalam undang-undang itu.

Sambil menyokong kenyataan bekas menteri dalam negeri Tan Sri Syed Hamid Albar, dua bekas ketua polis negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor dan Tan Sri Musa Hassan berhubung perkara itu semalam, beliau berkata akta itu tidak perlu dimansuhkan demi kepentingan dan masa depan negara.

Bercakap kepada Bernama di sini hari ini, Selamat yang juga Pengerusi Veteran UMNO Perlis berkata kerajaan perlu lebih tegas mengambil tindakan menangani sebarang unsur yang merosakkan negara.

“Kerajaan harus melihat senario politik, perkembangan ekonomi dan masalah sosial yang semakin mencabar sebelum bercadang membatalkan akta itu dengan mengambil kira tuntutan semasa dalam negara,” katanya.

Menurut Selamat Malaysia perlu mengambil iktibar akibat pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyebabkan keharmonian, keselamatan dan keselesaan rakyat ‘terganggu.’

Selain itu kesan negatif pemansuhan ISA telah menambah beban kerja dan tanggungjawab pasukan keselamatan dan mahkamah, katanya.

Sumber: BERNAMA

0 comments:

Post a Comment