Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, June 14, 2014

No Comment

KOTA TINGGI – Seorang pelatih Akademi Remaja Lukut maut apabila motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan lalu bertembung dengan sebuah kereta di KM1, Jalan Batu 4, Lukut Cina, berhampiran Dewan Teratai Kampung Batu Ampat, Kota Tinggi di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata dalam kejadian 10 malam itu, Muhammad Asyraf Kanin, 18, dari Kampung Lukut, Kota Tinggi parah di bahagian kepala, menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.

Pemandu kereta jenis Mercedes Benz itu, yang juga bekas anggota Parlimen Panti Datuk Yusof Malim Kuning, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Berdasarkan siasatan awal, Rahmat berkata motosikal jenis Yamaha 125Z  berkenaan dipercayai datang dari arah Kampung Lukut dan menghala ke Kota Tinggi.

“Keadaan cuaca ketika itu cerah dan laluan jalan di tempat kejadian adalah lurus. Ekoran kemalangan itu, motosikal mangsa mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Kesihatan Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat sebelum dituntut anggota keluarga untuk dikebumikan di perkuburan Islam Kampung Lukut di sini,” kata Rahmat yang dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, seorang rakan mangsa yang enggan dikenali berkata anak bongsu daripada dua beradik itu dalam perjalanan untuk bertemu rakannya di bandar Kota Tinggi.

Katanya, tiada perubahan ketara yang ditunjukkan mangsa melainkan catatan beliau di laman sosial yang agak pelik dan menyentuh hati.

“Catatannya berbunyi: ‘Jika akaun ini sudah tidak aktif lagi, maka saya minta kamu semua sedekahkan al-Fatihah kerana mungkin saya pergi bertemu Ilahi’,” katanya sambil menambah arwah amat menghormati orang tua dan  rakan-rakannya.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment