Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, June 14, 2014

No Comment

SANDAKAN: Seorang wanita warga emas berusia 71 tahun terkejut apabila dihampiri seorang lelaki yang mengacukan pisau sambil meminta menyerahkan wang ketika wanita itu memasuki parkir rumahnya di Taman Yeng Seng, Batu 2 1/2, Jalan Labuk, di sini, kelmarin.

Mangsa yang berada di dalam kereta dikatakan terpaksa menyerahkan beg tangan dan secara tidak sengaja tertekan hon, menyebabkan suspek lelaki dipercayai lingkungan 30-an melarikan diri, kira-kira jam 9.30 malam.

Menurut sumber, mangsa yang juga pesara guru dikatakan tidak menyedari kehadiran suspek yang muncul secara tiba-tiba ketika dia memperlahankan kereta sebaik menghampiri rumahnya.

“Sebaik melepasi pagar rumah, suspek tiba-tiba menghampiri mangsa yang masih berada di dalam kereta lalu terus mengacukan pisau.

“Mangsa yang bimbang dicederakan menyerahkan dompet dan suspek terus melarikan diri apabila warga emas ini secara tidak sengaja tertekan hon,” katanya.

Katanya, selepas memastikan suspek sudah beredar, mangsa kemudian bergegas ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan untuk membuat laporan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan Superintendan Fadzil Mohd Ali, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan gerakan memburu suspek sedang dilakukan.

“Mangsa tidak cedera dan tindakan mangsa tertekan hon secara tidak sengaja berjaya mengejutkan suspek lalu terus melarikan diri.

“Mangsa kehilangan MyKad, lesen memandu, kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM), kad pesara, telefon bimbit jenama Nokia selain wang tunai RM350 di dalam beg berkenaan,” katanya.

Fadzil berkata, berikutan kejadian itu, mangsa kerugian kira-kira RM500.

“Mangsa juga gagal mengecam wajah suspek berikutan keadaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 392/397, Kanun Keseksaan kerana melakukan rompak dengan menggunakan senjata,” katanya.

Sumber: myMetro Online

0 comments:

Post a Comment