Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, June 7, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Pasukan Polis Marin (PPM) Port Dickson menyelamatkan dua pemancing di perairan Pelabuhan Port Dickson, Negeri Sembilan, tengah hari semalam.

Komander PPM Wilayah 2, ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata kedua-dua pemancing yang berusia 29 dan 32 tahun itu diselamatkan selepas PPM menerima maklumat terdapat bot nelayan yang hanyut pada 11.45 pagi semalam.

Beliau berkata mangsa dan bot dijumpai pada 12.35 tengah hari dan dibawa balik ke Jeti Penumpang CIQ di Port Dickson.

Katanya kedua-dua lelaki itu keluar memancing dari Pangkalan Tanjung Sepat pada Selasa lepas.

“Bagaimanapun, mereka tidak dapat balik ke pangkalan keesokannya (Rabu) berikutan kehabisan minyak.

“Sehubungan itu, operasi menyelamat digerakkan ke lokasi kejadian melibatkan empat anggota bersama sebuah bot peronda,” katanya dalam kenyataan di laman rasmi Facebook Polis Diraja Malaysia, hari ini.

Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson untuk mendapatkan rawatan, katanya.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment