Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, June 15, 2014

No Comment

ALOR SETAR – Seorang warden penjara mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap sembilan tuduhan menerima suapan bernilai RM2,800 daripada beberapa individu antara Januari 2012 hingga Februari 2013.

Muhammad Hafizal Che Dan, 32, dituduh menerima wang tunai RM400 dengan tiada balasan daripada V Anetha di Malayan Banking Berhad, 175&176, Jalan PJ7, Pekan Jitra 2, Jitra pada 3.38 petang 12 Februari 2012.

Tertuduh yang ketika itu berkhidmat sebagai warden penjara gred KX17 di Jabatan Penjara Malaysia Institut Penjara Tapah juga dituduh menerima wang tunai RM100 daripada K.Devika di tempat sama pada 9.35 malam 19 Januari 2012.

Muhammad Hafizal melakukan tiga lagi kesalahan di tempat yang sama apabila sekali lagi menerima RM100 daripada Devika pada pukul 9.11 malam, 4 Mac 2012, menerima RM100 dariada Chan Yin Ling pada hari sama pukul 4.09 petang dan menerima RM300 daripada A Hemalatha pada 5.37 petang, 14 Januari 2013.

Empat lagi pertuduhan terhadapnya ialah menerima RM600 daripada Hemalatha pada 5.16 petang 10 Februari 2013, menerima RM300 daripada B Darshaini pada 5.47 petang 22 November 2012, menerima RM700 daripada Darshaini pada 7.53 pagi 10 Disember 2012 dan menerima wang tunai RM200 daripada Darshaini pada 5.50 petang 27 Disember 2012.

Muhammad Hafizal dituduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.

Hakim Azhar Mokhtar membenarkan tertuduh diikat jamin RM16,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Julai ini untuk sebutan semula kes bagi membolehkan tertuduh melantik peguam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mukhriz Mat Rus manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sumber: BERNAMA

0 comments:

Post a Comment