Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, June 15, 2014

No Comment

CAMPINAS – Pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo hampir pasti akan diturunkan pada perlawanan pembukaan Piala Dunia Kumpulan G menentang Jerman sekalipun masih bergelut dengan masalah lutut, kata penjaga gol, Eduardo.

Penyerang bintang Real Madrid itu menjalani latihan pemanas badan penuh sambil disaksikan media namun dilihat agak berhati-hati supaya tidak meletakkan beban tambahan kepada lututnya yang masih berbalut.

Kecergasan Ronaldo yang beraksi selama 65 minit ketika perlawanan persahabatan menentang Ireland, minggu lalu penting buat Portugal namun kembali mencetus bimbang selepas meletakkan ais kepada lututnya pada sesi latihan, Khamis lalu.

“Cristiano berlatih dengan baik, berlatih dengan kuat dan kami semua yakin dia akan 100 peratus mampu membantu kami untuk mendapat perlawanan yang baik,” kata Eduardo yang mengulangi komen rakan sepasukannya, William Carvalho sebelum ini.

Pertemuan Kumpulan G di Salvador membabitkan Portugal dan Jerman seakan aksi ulangan perlawanan pembukaan Euro 2012 yang berakhir dengan kekalahan 1-0 kepada Portugal hasil jaringan Mario Gomez.

Eduardo menambah motivasi Ronaldo dan Portugal ketika ini cukup tinggi selepas duka 2010 selepas sekadar menamatkan saingan di peringkat 16 terakhir selepas tumbang kepada Sepanyol.

“Dia cergas dan tidak sabar untuk memulakan kejohanan. Dia bertekad dan mahu bermain sebaik mungkin, sama seperti kami semua, mahu menang dan memberikan yang terbaik. Kamu dapat melihatnya ketika latihan, di hotel dan sudah tentu ia akan memberi kepada kejohanan ini,” katanya.

Sumber: AFP

0 comments:

Post a Comment