Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, June 26, 2014

SEORANG doktor memberi bantuan awal kepada mangsa kemalangan.

Kuching: Berpantang maut sebelum ajal. Itu yang berlaku apabila seorang lelaki terselamat dalam kemalangan walaupun diseret sejauh 80 meter selepas tersangkut pada besi penghadang pacuan empat roda dalam kejadian berhampiran Jambatan Tun Salahuddin di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, pengguna jalan raya terpaksa membunyikan hon dan menahan pacuan empat roda berkenaan kerana pemandunya tidak sedar kenderaannya merempuh motosikal mangsa bersama anaknya.

Sumber berkata, lelaki berusia 48 tahun itu terpaksa menahan kesakitan selepas diseret tetapi bernasib baik apabila pemandu pacuan empat roda segera memberhentikan kenderaannya sebaik ditahan orang ramai.

"Kemalangan berlaku apabila kedua-dua kenderaan itu dalam perjalanan ke Pending dari arah jambatan berkenaan, namun pemandu pacuan empat roda tidak menyedarinya lalu merempuh.

Rempuhan itu menyebabkan motosikal dinaiki dua beranak terbalik.

“Seorang daripada mangsa dikatakan tersangkut dengan kedua-dua tangan memegang besi penghadang pacuan empat roda manakala anak lelaki mangsa berusia 25 tahun terbaring di lokasi kemalangan.

“Kemalangan itu menyebabkan penunggang motosikal itu parah dan orang awam segera menghulurkan bantuan mengeluarkan mangsa yang terperangkap di bawah kenderaan itu,” katanya.

Katanya, anak penunggang motosikal itu hanya cedera ringan dan kedua-dua mereka dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan.

“Sebelum itu, mangsa diberi rawatan oleh seorang doktor yang kebetulan berada tidak jauh dari lokasi kejadian sementara menunggu pegawai perubatan tiba di tempat kejadian,” katanya.

Pemandu pacuan empat roda itu enggan ditemu bual dipercayai ketakutan akibat kejadian itu.

Jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Sumber - myMetro

0 comments:

Post a Comment