Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, June 20, 2014

No Comment

Qingdao (China) – Anggota bomba di sini berjaya menggagalkan satu cubaan bunuh diri dengan menggunakan semburan air bertekanan tinggi.

Jun Lo, 34 mengalami tekanan perasaan dan berniat menamatkan hidupnya dengan terjun dari sebuah bangunan.

Dia mengugut membunuh diri dengan duduk di belebas tingkap sebuah apartmen lima tingkat.

Perbuatan membunuh diri adalah perkara biasa di China sehinggakan sebahagian masyarakat sanggup menunggu di bawah bangunan sambil bertaruh sama ada seseorang itu akan ‘terjun’ atau hanya ‘bersandiwara.’

Bagi sesiapa yang pernah terselamat dari cubaan bunuh diri sebelum ini berkata, perbuatan mereka dipengaruhi aksi rancangan popular yang sering disiarkan di televisyen.

Ketika kejadian semalam, Jun duduk di tepi tingkap selama dua jam sambil merungut mengenai nasibnya dengan perunding polis.

Dia enggan membatalkan niatnya walaupun selepas dipujuk.

Menurut jurucakap polis, dia kelihatan gelisah dan bersedia terjun pada bila-bila masa.

“Pada satu tahap yang mencemaskan, Jun mengambil beberapa helai pakaian dan membakar serta mencampaknya ke bawah.

“Pada mulanya, anggota bomba memasang jaring untuk ‘menyambut’ Jun apabila dia terjun tetapi akhirnya mendapat idea lebih berkesan – menggunakan semburan air.

“Semburan air tekanan tinggi itu berkesan, ia memaksanya masuk ke dalam dan pegawai sempat menahannya,” kata jurucakap itu

Sumber: Agensi

0 comments:

Post a Comment