Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, June 14, 2014

No Comment
NUR Suzana bersama anak lelakinya menunjukkan tempat kejadian
SHAH ALAM: “Saya sempat memegang tangan Alisya bagaimanapun pegangan saya terlepas akibat tangan licin,” kata Nur Aleena Muhd Rafiq, 10, kakak kepada Nur Alisya Muhd Rafiq, tujuh tahun yang maut selepas terjatuh dari balkoni tingkat enam di Pangsapuri Sri Angkasa Seksyen 28, di sini, kelmarin.

Murid tahun empat itu memberitahu sudah berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan adiknya namun gagal.

Aleena yang berada di dalam rumah ketika kejadian menyedari adiknya tergelincir dari balkoni sejurus terdengar jeritan mangsa meminta tolong.

“Dia (mangsa) memanjat baldi yang berada di balkoni untuk menjenguk ke bawah kerana mahu melihat rakan-rakan yang lain yang sedang menunggu di bawah.
“Saya sangat sedih kerana kehilangan seorang adik yang sangat ceria serta sangat pandai mengambil hati,” katanya.
Menurutnya, Alisya sempat meminta kebenaran daripada ibu mereka untuk mengikuti kelas mengaji al-Quran ketika mereka berada di Pulau Pinang baru-baru ini.

Sumber: Harian Metro

0 comments:

Post a Comment