Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, June 14, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Sugarscarf, jenama tudung dan selendang tempatan, yakin mencapai jualan RM100,000 dengan penjualan 1,000 helai produk keluarannya di Pameran Hijab Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIHF) 2014.

Pengurus pemasaran Norasyikin Mohamad Nor berkata sasaran positif itu dipacu oleh promosi dan jualan segera di pameran yang berlangsung selama tiga hari, bermula semalam.

“Sambutan yang diterima amat menggalakkan, terutamanya tudung mudah pakai dan saya berpuas hati serta yakin akan mencapai sasaran jualan,” kata Norasyikin kepada Bernama ketika ditemui di KLIHF 2014.

Mengulas mengenai rancangan masa hadapan, Sugarscarf berhasrat mengembangkan perniagaan dan berdaftar sebagai syarikat di bawah industri kecil dan sederhana bagi memudahkan permohonan dana-dana perniagaan.

Semasa ditanya mengenai persaingan dengan jenama tudung lain, beliau berkata Sugarscarf yakin dengan kualiti kain dan kepekaan dalam mengikuti aliran fesyen tudung memberi kelebihan kepada jenama tempatan tersebut.

“Inovasi fesyen tudung menjadikan Sugarscarf unik dan berbeza berbanding jenama tudung yang lain dengan reka bentuk dan pemilihan kain yang terbaik dari seluruh dunia,” katanya.

“Kejayaan Sugarscarf terbukti apabila sebuah butik kami berjaya mencatatkan jualan sebanyak 200 helai tudung sehari. Sehingga kini kami memiliki tiga buah butik.

“Ini tidak termasuk jualan butik yang lain serta perniagaan di laman web,” katanya lagi.

Sugarscarf  turut berminat untuk meluaskan cabang perniagaan dalam sektor pemakanan dengan mengekalkan jenama itu.

Dengan menjadi penaja untuk program Hijabstalista yang dikendalikan oleh stesen televisyen tempatan di London, Sugarscarf dapat mempromosikan jenama tudungnya di London dan Itali serta turut bercita-cita meluaskan jenamanya ke Brunei dan Singapura.

Mengenai KLIHF 2014, beliau berkata pameran tersebut mewujudkan suasana persaingan yang sihat dan seterusnya mempromosikan produk tudung Malaysia kepada pelancong asing.

Memulakan perniagaan melalui landasan dalam talian pada tahun 2008, Sugarscarf bakal membuka butik ke empat di Bandar Baru Bangi pada tahun hadapan.

Tudung keluaran Sugarscarf boleh didapati pada harga antara RM30 hingga RM119 di pameran KLIHF 2014.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment