Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, June 19, 2014

No Comment

PELABUHAN KLANG – Sebuah bot pancung membawa 27 warga Indonesia karam di perairan Sepang awal pagi tadi, tidak sampai 24 jam selepas sebuah bot yang cuba membawa keluar 97 warga republik itu karam di perairan Kuala Langat.

Ketua Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Leftenan Komander Mohd Hambali Yaakup, berkata bot pancung yang itu cuba keluar melalui Pantai Morib ke Tanjung Balai kira-kira 3 pagi.

“Bot pancung ini terbalik di kawasan Beacon Api Gila di perairan Sepang. Pihak kami berjaya menyelamatkan 18 orang dan sembilan masih hilang. Salah seorang yang kami selamatkan cedera parah di bahagian perut,” katanya pada sidang media di ibu pejabat APMM di sini, sebentar tadi.

Sumber: BH Online

0 comments:

Post a Comment