PETALING
JAYA: Pelakon Almy Nadia benar-benar terkejut selepas mendengar laporan
kekasihnya iaitu Fizz Fairuz berhasrat untuk mengahwininya pada tahun
ini.
Almy, 25,
berkata, dia tidak dapat memberi sebarang reaksi berhubung kenyataan itu
kerana tidak mengetahui apa-apa tentang hasrat Fizz.
"Maafkan
saya kerana tidak dapat nak komen kerana langsung tidak mengetahui
perkara itu dan rasanya tidak patut saya berkata apa-apa mengenai benda
yang saya sendiri tidak pasti.
"Saya terkejut dan sejujurnya tidak tahu reaksi apa yang ingin diberi mengenai laporan berkenaan," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Selasa.
Fizz dalam satu laporan dalam portal Rotikaya.com pada
Selasa memberitahu telah memasang niat untuk mengahwini Almy pada tahun
ini dan perkara itu akan menjadi kenyataan selepas ibunya kembali
mengerjakan umrah pada bulan Jun depan sebelum menetapkan tarikh
pernikahan.
Dalam pada
itu, Almy berkata, dia bukan cuba mengelak daripada pihak media mengenai
perkara tersebut tetapi tidak pernah dimaklumkan oleh Fizz tentang
hasrat hatinya itu.
Katanya buat
sementara waktu ini biarlah Fizz yang membuat kenyataan kepada pihak
media namun dia enggan membuat sebarang kenyataan balas kerana takut
tersilap kata.
"Sebelum ini peminat dan media sering bertanya kepada saya mengenai hubungan kami sehingga pada satu tahap saya rasa malu.
"Jadi
sekarang biarlah Fizz yang bercakap kepada mengenai hubungan kami kerana
tidak manis saya turut bercakap mengenai hal yang saya sendiri tidak
tahu dan tidak dimaklumkan," ujarnya.
Bagaimanapun
kata Almy, dia akan membuka mulut apabila tiba masanya nanti bagi
menjelaskan semua perkara yang menjadi tanda tanya ramai pihak selama
ini.
"Sama ada
Fizz masuk meminang atau tidak saya akan beritahu nanti serta mengenai
apa yang terjadi tetapi bukan sekarang, suatu hari nanti. Buat masa ini
biarlah Fizz yang memberi komen," ujarnya.
0 comments:
Post a Comment