Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, October 24, 2012

No Comment



Mengikut maklumat yang diterima, lelaki paling pantas di dunia, Usain Bolt dikatakan telah mempunyai seorang teman wanita yang juga merupakan atlit junior Britain, Megan Edwards.

Bolt dan Edwards pertama kali bertemu ketika kedua-dua mereka menjadi model bagi sesi fotografi memperagakan jersi Olimpik pasukan Jamaica sebelum acara sukan tersebut bermula.

Menurut sumber daripada The Sun, Bolt telah meraikan kejayaannya dalam meraih tiga pingat emas di acara sukan Olimpik bersama dengan Edwards.

"Semua orang cuba mendekati beliau, tambah-tambah golongan gadis-gadis. Tetapi Usain hanya mempunyai mata untuk seorang gadis sahaja pada malam itu dan ia adalah Megan. Megan berada bersama Usain sepanjang malam."

Edwards, seorang atlit junior daripada Kelab Olahraga Dartford Harriers, merupakan gadis yang sangat bertuah. Bolt kini dianggarkan bernilai kira-kira US$35 juta dolar.



0 comments:

Post a Comment