Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, October 25, 2012

No Comment
Kamal Adli

KUALA LUMPUR – “Saya tak curang. Dia pun tak curang. Tapi kalau orang ingat kami dah putus, bagus juga lah. Sebab itu tandanya mereka menyedari akan kewujudan perhubungan kami,” kata Kamal Adli, semalam.
Menurutnya, dia sangat letih apabila orang ramai tidak henti-henti bertanyakan perihal mengenai hubungannya bersama Intan Ladyana.
“Tapi saya nak bagitahu yang hubungan kami masih seperti biasa.
“Cuma kami sibuk dengan kerja masing-masing.
“Itu yang membuatkan kami jarang berjumpa atau orang susah nak nampak kami keluar bersama,” katanya yang dipetik melalui Malaysiandigest.com, di sini, semalam.
Kamal ditemui di majlis sidang media drama bersiri Putera Rayyan bertempat di Restoran Rebung, Bangsar, semalam.
Tambahnya, meskipun hubungan mereka sudah mencecah tiga tahun, tetapi disebabkan kekangan masa maka ruang mereka berjumpa dan luangkan masa bersama seperti baru setahun.
Bukan dia tidak memikirkan soal kahwin, cuma kata Kamal masanya saja belum sesuai.
Lebih-lebih lagi dia sekarang dalam proses membina semula namanya dalam memastikan kerjayanya benar-benar stabil.
Dalam perkembangan lain, Kamal bakal menjalani penggambaran filem arahan pengarah Khabir Bhatia, tidak lama lagi.

0 comments:

Post a Comment