Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, June 5, 2014

No Comment

GEORGE TOWN – Sebanyak 16 lelaki rakyat asing ditahan dalam operasi Jabatan Imigresen Pulau Pinang di sebuah pusat perkhidmatan mencuci pakaian di Bayan Baru, hari ini.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen negeri Basri Othman berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 15 warga Nepal dan seorang warga Bangladesh berumur antara 20-an dan 40-an.

“Ketika operasi 11 pagi ini, kebanyakan pekerja asing berkenaan sedang sibuk melakukan tugas mencuci pakaian. Seorang cuba bersembunyi di belakang kuil berhampiran premis itu tetapi berjaya dijumpai,” katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Daripada 17 pekerja asing yang diperiksa hanya seorang memiliki dokumen perjalanan sah, katanya.

“Selain gagal menunjukkan sebarang dokumen, ada juga melakukan kesalahan lain seperti tinggal melebihi tempoh ditetapkan dan menyalahgunakan pas lawatan sosial,” katanya.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment